DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Syukur Alhamdulillah, dengan berkat dan limpah kurniaNya akhirnya saya berjaya menyiapkan projek akhir saya ini.Walaupun ia dihasilkan dalam keadaan yang kelam kabut kerana masa yang tidak mencukupi serta rintangan dan halangan yang saya hadapi, saya berjaya juga menyiapkannya.
Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang saya sayangi Mohd Nasir Bin Ahmad, Noorhayati Binti Ahmad kerana dengan berkat doa dan restu dari mereka jugalah saya berjaya menyiapkan projek akhir saya ini.
Begitu juga dengan pensyarah projek akhir saya Pn Nurul Huda Zainuddin yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar serta komen-komen yang menaikkan semangat saya untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.Ternyata komen-komen dari puan bukan meruntuhkan semangat saya malah menaikkannya lagi supaya menghasilkan sesuatu yang lebih baik.Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah lain yang banyak memberi tunjuk ajar serta didikan kepada saya yang pada asalnya buta dalam penggunaan perisian dan komputer ini.Namun, minat yang mendalam membuatkan saya terus berusaha.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya Farhana, Fadzil, Feros, Hanapi, Dzul, Sue saudara saya Aunt Markiza, Uncle Hassan, Rashid dan semua yang terlibat dalam penggambaran klip video ini.Terima kasih kerana bersusah payah meluangkan masa untuk saya menjayakan projek akhir ini.

1 comment:
Wei~
Where's my name?
It's missing there...
[Bzzttt]
Post a Comment